Spiga

Lagi bahagian mencadangkan usul sokong UTUSAN !



Ketika pembangkang khasnya DAP mencadangkan diboikot UTUSAN MALAYSIA, ketika itu juga satu persatu keluar cadangan dan usul agar akhbar yang sangat berjasa itu dipertahankan.

Anwar ketika mengulas tentang UTUSAN berkata :

Akhbar tersebut terkait dengan pendekatan perkauman melampau, meneruskan kempen tidak beretika dan mempertahankan rasuah dan kezaliman pimpinan Umno-BN.

Pakatan Rakyat juga menggesa UTUSAN diboikot termasuk disekat dari menerima pengiklanan :

akhbar paling teruk Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia yang didakwanya masih menggunakan cara tidak adil untuk mengkritik dan merosakkan Pakatan dan pemimpin-pemimpin utamanya, seolah-olah kempen pilihanraya masih berjalan.

Kenyataan itu juga mendakwa, Utusan cuba mengapi-apikan sentiman perkauman sempit, terutama membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap Pakatan dan pemimpin-pemimpin utamanya.

Oleh sebab sikap yang tidak adil dan tidak bertanggungjawab itu, maka Pakatan menggesa semua orang mulai hari ini memboikot dua akhbar kumpulan Utusan Melayu (M) Bhd.

Dalam kenyataan itu, mereka menggesa para pengiklan yang prihatin supaya segera berhenti daripada mengiklan dalam akhbar-akhbar berkenaan.

Kesungguhan bahagian bahagian seperti Tenom ( yang terkini ) dan juga Puteri UMNO Sungai Petani ( sebelum ini ) mengemukakan usul tersebut, memperlihatkan kesungguhan mereka untuk memastikan UTUSAN terus membongkar segala tindak tanduk tidak beretika pembangkang yang semakin keliru dalam perjalanan politik mereka.

Ketua UMNO Bahagian Beluran, James Ratib turut berkata, usul Puteri UMNO Bahagian Sungai Petani itu cukup penting demi mempertahankan sebuah akhbar yang banyak berjasa kepada negara.

Beliau menegaskan akhbar Utusan Malaysia telah terbukti memainkan peranan penting dalam menyemai semangat perpaduan serta memperjuangkan nasib pelbagai etnik bumiputera di negeri ini.

"Saya menyokong usul itu dan berharap semua bahagian juga turut menyokong akhbar yang banyak berjasa kepada seluruh rakyat negara ini termasuk bumiputera di Sabah.

"Akhbar itu harus dipertahankan oleh semua pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang memperjuangkan nasib rakyat khususnya bumiputera kerana kita (bumiputera) juga turut terhutang budi kepada Utusan Malaysia," katanya di sini hari ini.

Ketika mengulas usul pertahan Utusan, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein juga memberi sokongan tidak berbelah bahagi terhadap usul Puteri UMNO Sungai Petani yang meminta semua pihak mempertahankan akhbar Utusan Malaysia.

Menurutnya, keterbukaan Utusan Malaysia sebagai sebuah akhbar yang berjuang untuk orang Melayu dan bumiputera di negara ini sebenarnya tidak dapat dinafikan.

”Kita faham semua pihak terutama media boleh memainkan peranan untuk membantu negara membina sebuah landskap politik yang cemerlang.

”Saya memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Utusan Malaysia dan usul Puteri itu seharusnya disokong semua,”

Ya, jika bukan kita tentu ramai akan kerugian kerana kehilangan akhbar utama yang telah banyak berjasa kepada kita sekian lama seperti mana disalin dari blog umno reform di bawah ini :

Melalui Utusan Melayulah:

• Menjadi sumber sejarah perjuangan orang-orang Melayu. Di samping perjuangan menuntut kemerdekaan, Utusan Melayu merupakan perjuangan membina penghidupan masyarakat Melayu terutama masyarakat di kampung-kampung (yang rata-rata masyarakat Melayu 76 peratus tinggal di luar bandar).

• Utusan Melayulah memperkembangkan ilmu pengetahuan dan minda masyarakat Melayu kerana suatu ketika dahulu penerbitannya menyeluruh di Tanah Melayu selain akhbar Warta Negara.

• Utusan Melayulah - akhbar bertulisan jawi - yang disesuaikan daripada tulisan al-Quran menjadi sumber pembacaan yang menyenangkan masyarakat Melayu beragama Islam membaca Al-Quran dan mempelajari isi-isi naskhah, kitab-kitab agama dan hikayat-hikayat yang menggunakan tulisan jawi - melalui Al-Quran, kitab-kitab dan hikayat-hikayat itulah memperkembangkan sahsiah, keyakinan diri, keimanan, memperteguhkan semangat, jati diri dan kecintaan terhadap agama, bangsa dan tanahair.

• Utusan Melayulah, di samping majalah-majalah lain yang bertulisan jawi seperti Mastika, Qalam, Mutiara, Qiblat, Warta Negara dan Warta Mingguan (di utara) yang menyibarluas ilmu, pendidikan, kesenian, kebudayaan dan kesusasteraan Melayu.

• Munculnya Tongkat Warrant, Keris Mas, Pak Sako, A. Samad Ismail, A. Samad Said, Ruhi Hayat, Burhanuddin Helmy, Aziz Ishak, Aminuddin Baki, Atan Long, Awang Had Salleh, Shahnon Ahmad, Mazlan Nordin dan sasterawan serta penulis masa kini seperti S.Othman Kelantan, Baha Zain, Hassan Ahmad, A.F.Yassin, Nahmar Jamil, Mokhtar Yassin, Alias Ali, Wahba, Wahab Ali, Kamaludin Mat Lela, Rashid Ahmad, Zakaria Abadi, Jihati Abadi, Noorjaya dan sekian ramai lagi kalangan penulis Melayu mengasah bakat dan menulis melalui Utusan Melayu!

• Utusan Melayu juga membina jati diri dan semangat pemimpin tanahair seperti Dato' Oon, Tun Abdul Razak, Tengku Abdul Rahman, Tun Dr. Ismail, Ghaffar Baba, Saadon Zubir, Jaafar Albar dan sekian ramai mantan-mantan menteri dan mantan pemimpin-pemimpin negara yang membina negara ini: Semenanjung Tanah Melayu.

• Betapa besarnya jasa dan bakti 'Utusan Melayu' dan Syarikat Penerbitannya yang bermula di Singapura pada 29 Mei 1939, mencecah usia hampir 67 tahun!

0 comments: