Spiga

' Cedera ' pergaduhan UMNO Seremban : Sayuti Omar pula tambah 'parah'

Photobucket


Dalam laporan Utusan ( saya tak pasti dibaca Sayuti Omar atau tidak ) ditulis kejadian pergaduhan tersebut begini :

pergaduhan yang tercetus pada persidangan perwakilan Bahagian Seremban hari ini sehingga menyebabkan dua perwakilan cedera akibat dibaling kerusi dan mesyuarat terpaksa ditangguhkan.



Dalam tulisan Sayuti Omar bertajuk Umno sekarang makin hari makin buruk ditulis macam ni :

Manakala bahagian Seremban, Negeri Sembilan pula ditangguhkan, lagi teruk, apabila mesyuarat itu menajdi kecoh dan sampai baling kerusi. Dua ahli perwakilan dilaporkan mengalami cedera parah. Apa yang berlaku di Seremban hari ini adalah klimaks 'kemabukan kuasa' dalam Umno.

Saya merasa sedikit terkejut dengan 'cedera parah' yang ditulis. Dan saya percaya sesuatu perlu dilakukan sebelum Sayuti Omar yang cuba memburukkan UMNO akan semakin buruk ekoran tulisan 'buruk @ beruk' nya tersebut.

Sayuti Omar mungkin tidak perasan barangkali dan harap harapnya posting tersebut akan ditukar jika benar dia sedar melalui teguran jarak jauh saya ini.

Untuk keadilan saya akan paste laporan akhbar lain agar saya tidak mengambil dari satu sumber sahaja.. Ini bagi menjelaskan bahawa Sayuti Omar telah menjadikan cedera ringan kepada cedera parah dalam hal ingin menjadikan imej UMNO semakin buruk, tidak akan berjaya.

Memang seronok dapat 'memberukkan' orang UMNO namun ia tentu tidak dapat diterima apabila ia diburukkan dengan komen tambahan sesedap rasa beliau.

Akhirnya Mstar menjelaskan lagi kekeliruan tersebut :

SEREMBAN: Mesyuarat peringkat bahagian yang dijadual berakhir semalam 'tercemar' apabila Persidangan Perwakilan Umno Seremban terpaksa ditangguhkan ekoran pergaduhan sehingga menyebabkan dua perwakilan cedera ringan.



Oh tak cukup kuat lagi hujah saya ?

Ok kita ambil yang lain pula iaitu dari Malaysiakini , portal yang selalu dirujuk oleh penyokong pembangkang atau mudah kata parti lawan UMNO lah kiranya :


Ekoran itu, ketua bahagian berkenaan, Datuk Ishak Ismail mengambil keputusan untuk membatalkan mesyuarat tersebut.

Difahamkan ada perwakilan yang mengalami kecederaan.


Jelas di situ tidak ada cedera parah sebenarnya. Yang ada hanya cedera sahaja...

Jadi, dari mana sumber MSO tersebut hingga 'cedera' telah bertambah perkataannya menjadi 'parah' oleh beliau ?

Saya tak puas hati lagi laporan Malaysiakini kerana boleh dibalas lagi jika dibuat hujahan maka saya ingin mencari dari harakahdaily pula.

Namun saya tidak bertemu. Jap saya akan usahakannya dari Berita Harian namun tetap gagal juga.

Yang penting, beberapa laporan berita telah mengesahkan tambahan 'skrip' buruk Sayuti tersebut...

'cedera' Sayuti Omar telah bertambah 'parah' dari apa yang dilaporkan oleh media massa kita....sedangkan ianya hanya cedera biasa.


Inilah perkara yang kita kesalkan walaupun PAS juga sebenarnya tidak maksum dan akan terdedah juga gejala tidak sihat. Cuma ia disembunyikan untuk menjaga imej Islamnya.


Wassalam..



2 comments:

  Anonymous

November 11, 2008 at 1:10 AM

Lupa tulis !

gambar diambik dari Mstar Online...

tq

  Anonymous

December 14, 2008 at 1:30 PM

mso ni pelacur dan blackmailer. jgn percaya songkok hajinya.