Spiga

GERAKAN SELAR TINDAKAN PERAK TUKAR KERETA RASMI KERAJAAN NEGERI

Photobucket


'Cakap tak serupa bikin'

Oleh Rosdalilah Zahari
bhnews@bharian. com.my


Datuk Chang Ko Youn

Gerakan Perak selar keputusan kerajaan negeri tukar kereta rasmi

IPOH: "Cakap tak serupa bikin," itulah kesimpulan Pengerusi Gerakan Perak, Datuk Chang Ko Youn berhubung keputusan kerajaan Perak menukarkan kereta Proton Perdana V6 Executive kepada Toyota Camry 2.4 sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanannya.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Gerakan berkata, dua bulan selepas kerajaan Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya, mereka berjanji akan menjaga kebajikan dan prihatin dengan keperluan rakyat.

"Sekarang, terbukti janji yang ditaburkan sebelum ini hanyalah cakap kosong semata-mata kerana mereka cuma mementingkan diri sendiri dengan niat untuk membeli kereta import demi keselesaan mereka," katanya pada sidang media di Wisma Gerakan negeri di sini, semalam.

Chang berkata, alasan kos penyelenggaraan kereta nasional mahal yang digunakan kerajaan Pakatan Rakyat tidak boleh diterima dan semata-mata untuk mengaburi mata rakyat supaya mereka dapat membeli kereta import buatan Jepun itu.

"Saya sendiri menggunakan Proton Perdana V6 Executive dan sehingga hari ini tiada masalah timbul, malah lebih menjimatkan berbanding kereta import.

"Jika kos penyelenggaraan kereta nasional dianggap mahal, mereka boleh berbincang dengan syarikat terbabit bagi meminta pengurangan.

"Tindakan mereka untuk membeli kereta import buatan Jepun itu juga seolah-olah menunjukkan produk buatan tempatan tidak berkualiti," katanya.

Selain itu, Chang turut tidak berpuas hati dengan tindakan Pakatan Rakyat yang menggunakan duit rakyat untuk kepentingan dan kepuasan hati mereka.

"Sebagai seorang rakyat Malaysia yang membayar cukai pada setiap tahun, saya tidak bersetuju sama sekali dengan tindakan terbabit kerana wang yang digunakan adalah hak milik rakyat yang sepatutnya digunakan untuk tujuan pembangunan negara.

"Kami tidak kisah jika Menteri Besar dan ahli Exco kerajaan negeri ingin menggunakan kereta Rolls Royce sekalipun jika mereka menggunakan duit sendiri namun hak rakyat tidak seharusnya disalahgunakan, " katanya.

Chang berkata, beliau juga ada mendengar cadangan untuk menaikkan elaun kepada exco kerajaan negeri kerana pada tahun hadapan penduduk di Kampung Tersusun dan Kampung Baru akan membayar sejumlah wang untuk mendapatkan status hak milik kekal.

1 comments:

  gotahlantun

December 21, 2008 at 5:42 PM

kalau pakai kereta mewah sekalipun, tapi tak turun ke padang khalayak buat apa.... biar pakai kereta lembu tapi dapat singgah kekampung2 yang hulu.... itu lebih bagus....