Spiga

Ketua Wanita GERAKAN patut minta maaf dan dikenakan tindakan !

Isu kenyataan Ketua Wanita MCA yang merupakan komponen BN bahawa Melayu juga pendatang sangat berbahaya. Ia diucapkan selari dengan nada Pakatan Rakyat yang mendesak ketuanan Melayu dihapuskan agar semua kaum diberi layanan sama rata...atas nama kesamarataan.

Sedangkan mengikut populasi penduduk ia tidak melambangkan keadilan jika majoriti Melayu yang mewakili Bumiputera 67% dan Bukan Bumiputera 33%.

Siapakah Tan Lian Hoe ?

http://www.p216bintulu.com/cabinet2008/TanLianHo.jpg

Datuk Tan Lian Hoe merupakan seorang ahli politik wanita Parti Gerakan Rakyat Malaysia. Beliau merupakan ketua wanita Parti Gerakan.Berasal dari negeri Melaka. Memiliki ijazah Pengajian Melayu dari Universiti Malaya dan bertugas sebagai guru sebelum menyertai politik.

Jika kita lihat, latar belakang beliau sudah menampakkan 'kemelayuannya' dan tentu beliau juga memahami siapakah bangsa Melayu.. Namun silap kata telah memakan diri dan hampir memusnahkan kerjaya politiknya...Sehingga Ahli Parlimen BN turut sama menyelar kenyataan tersebut yang ada disalin di sini.

Ia tercetus semasa perasmian Persidangan Perwakilan Pemuda dan Wanita Gerakan ke-21 , Tan Lian Hoe menyamakan asal-usul setiap kaum di negara ini. Tan juga dikatakan mempertikai status orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini dalam sebuah rancangan terbitan sebuah stesen televisyen berbayar.

Sedikit imbasan perjalanan politik beliau dalam PRU ke 11 dan 12.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004, Parti Progresif Rakyat ingin bertanding di Negeri Perak. Selepas berunding dengan parti ahli Barisan Nasional lain, akhirnya mereka diberikan kawasan Parlimen Taiping dengan M. Kayveas sebagai calon. Namun kawasan ini pada asalnya ditandingi oleh Parti Gerakan. Sebagai ganti, UMNO "meminjamkan" kawasan Bukit Gantang yang merupakan kawasan Melayu kepada Parti Gerakan. Tan Lian Hoe dihantar mewakili Parti Gerakan untuk bertanding di sana dan beliau berhasil menang.

Namun selepas itu, UMNO menyuarakan hasrat untuk bertanding di Bukit Gantang sekali lagi. Tan Lian Hoe pula ingin bertanding di kawasan Taiping dalam pilihan raya umum seterusnya, namun Kayveas tegas ingin kekal di Taiping. Akhirnya Tan Lian Hoe diberikan buat sementara bagi Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 kawasan parlimen Lenggong oleh UMNO Perak, satu kawasan yang majoritinya pengundi Melayu. Tetapi pada hari keesokannya, pihak UMNO berubah fikiran dan "meminjamkan" kawasan Gerik kepadanya. Kawasan ini juga kebanyakan pengundinya berbangsa Melayu. Tan Lian Hoe bertanding di sini dan sekali lagi menang.

Soalan saya, apakah kemenangannya hasil undi Melayu penyokong UMNO pada PRU ke 11 dan 12 tidak berjaya menyakinkan beliau akan ketuanan Melayu yang termaktub di dalam undang undang ?

Apakah tidak cukup ehsan diberikan walaupun kawasan Melayu dikorbarkan untuk rakan UMNO iaitu MCA sehingga mereka masih mengkritik hak hak bangsa teras parti kita ?

Mungkinkah ini taktik ingin mengumumkan 'perceraian' secara terhormat bagi melompat ke Pakatan Rakyat ?

Dalam barisan Kabinet Malaysia 2008, Tan Lian Hoe telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Penerangan Malaysia .

Namun ia tentu tidak berbaloi selaku Ketua Wanita MCA menjadi timbalan Menteri ; andaian yang saya rasa bermain di fikiran beliau dan rakan rakan Gerakan yang akhir akhir ini semakin lantang bersuara...Tentu Anwar dapat menawarkan sesuatu yang lebih tinggi barangkali jika mereka sedia berpisah dengan Barisan Nasional yang sudah berjaya dikaratkan di mata rakyat melalui permainan politik tidak bermaruah Pakatan Rakyat !

Namun soalan terakhir saya, adakah beliau sedar kenyataan tersebut tidak masuk akal dan wajar dikenakan tindakan keras sebagaimana Datuk Ahmad Bukit Bendera digantung parti tiga tahun ? Adakah MCA bersedia menggantung 'ketua wanita' nya seperti UMNO lakukan ????

Inilah penentu sikap sebenar MCA dalam berkawan dengan UMNO dalam BN. Kita akan tunggu reaksi mereka dan nanti kita akan tahu mana satu intan mana satu kaca.

3 comments:

  Panglima Perang Cyber

October 25, 2008 at 11:22 PM

Tan Lian Hoe Tidak Patut Ungkit Status Orang Melayu

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian Hoe perlu sedar bahawa berdasarkan sejarah Nusantara, bangsa Melayu meliputi kepulauan Filipina, Tanah Jawa sehingga ke Selatan Thai dan melangkau ke negara Yunan, kata Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee.

"Bangsa Melayu mula tegak sebagai sebuah kerajaan berdaulat apabila terbentuknya kerajaan Langkasuka (Kedah) dan kesultanan Melayu Melaka di samping banyak lagi kerajaan Melayu di kepulauan Nusantara," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, kata Syed Ali, Tan tidak sepatutnya mempersoalkan status orang Melayu sebagai masyarakat pribumi negara ini kerana Umno tidak pernah sesekali mengungkit asal usul masyarakat lain.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Tan semasa berucap pada perasmian Persidangan Perwakilan Pemuda dan Wanita Gerakan ke-21 Jumaat lepas yang memberi peringatan supaya semua pihak tidak melupakan sejarah silam selain menyamakan asal-usul setiap kaum di negara ini.

Selain itu, Tan juga dikatakan mempertikai status orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini dalam sebuah rancangan terbitan sebuah stesen televisyen berbayar baru-baru ini.

Syed Ali berkata Gerakan perlu mengambil tindakan terhadap Tan kerana membuat kenyataan yang didakwanya berbaur hasutan dan perkauman, selain mengetepikan fakta berhubung kedudukan orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini.

-- BERNAMA

  fadly ramly

October 26, 2008 at 2:06 AM

salam,harap editor baiki balik tajuk yg ditulis,datuk tan lian hoe bukan ketua wanita MCA ttpi adalah KW GERAKAN,harap maklum

  Panglima Perang Cyber

October 28, 2008 at 12:09 PM

TQ