Spiga

Apa komen Anwar selepas PAS sendiri menyuruh beliau bersumpah nama Allah ?

Apa komen Anwar selepas PAS sendiri menyuruh beliau bersumpah ? ini tentu memeningkan lagi percaturan bekas orang kedua tertinggi Malaysia 10 tahun yang lalu.

Apakan daya beliau tidak diberikan peluang menaiki takhta selepas dijatuhkan dengan cara tidak disangka sangka dengan tuduhan liwat pula oleh Mahathir tahun 1997 ketika negara dilanda krisis ekonomi yang melibatkan seluruh Asean.

Kita sendiri tidak menjangka tokoh terkenal dengan kealiman dan kewarakan seperti mana yang pernah dikatakan oleh Mat Sabu sendiri bahawa beliau lebih ganas dari Mahathir kerana perwatakan menariknya, akan mencuba nasibnya sekali lagi.

Mungkin inilah kali terakhir beliau di persada politik bagi saya kerana jika selepas beberapa bulan bercerita ingin menumbangkan kerajaan beliau masih kalah di Permatang Pauh, bermakna Anwar sekadar omong kosong dengan menjadikan perang saraf melebihi perang menarik hati pengundi pengundinya di Permatang Pauh.

Sejarah menunjukkan bahawa BN tidak pernah kalah di mana mana pilihanraya kecil. Dengan kekuatan yang digembelengkan dari semua parti komponen BN termasuk menteri Kabinet dari semua bangsa yang mewakili komposisi kaum, ia adalah ramuan terbaik sejak zaman kemerdekaan lagi hinggalah sekarang.

KLIK IMEJ DI ATAS UNTUK BERITA OLEH UTUSAN MALAYSIA


0 comments: